No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365
Go Back
Popular

PERKHIDMATAN ESTETIK

Report Abuse

Training Provider

Course Details

Program Perkhidmatan Estetik (Single Tier Level 1–3) merangkumi latihan rawatan luaran dan dalaman bagi badan dan muka, serta rawatan kecantikan luaran. Pelatih didedahkan kepada teknik rawatan estetik profesional, penggunaan peralatan, konsultasi pelanggan, keselamatan rawatan serta pengurusan dan jualan perkhidmatan salon mengikut keperluan industri.

Skop pelajaran merangkumi:

  1. Rawatan luaran dan dalaman bagi badan dan muka
  2. Rawatan kecantikan luaran dan penjagaan estetik
  3. Teknik konsultasi pelanggan dan analisis keperluan rawatan
  4. Pengendalian dan penggunaan peralatan estetik dengan selamat
  5. Amalan kebersihan, keselamatan dan etika profesional
  6. Pengurusan operasi salon serta aktiviti jualan dan promosi perkhidmatan
Course Code
S960-002-3:2020
Course Brochure

Course FAQs

Apakah kelayakan minimum untuk menyambung bidang Perkhidmatan Estetik?

Calon terbuka kepada 16 tahun -45 tahun , warganegara dan lepasan sekolah atau individu dewasa yang berminat, dengan kelayakan asas membaca, menulis dan mengira.

Adakah kursus ini sesuai untuk pemula tanpa pengalaman?

Ya. Kursus ini bermula dari tahap asas dan sesuai untuk pelajar tanpa pengalaman dalam bidang estetik.

Apakah prospek kerjaya selepas tamat kursus?

  • Terapis Spa / Salon

  • Pakar Estetika & Rawatan Wajah

  • Pengurus Spa / Salon

  • Usahawan Estetika

  • Jurulatih / Pegawai Latihan Estetika

Bolehkah membuka salon sendiri selepas tamat kursus?

Ya. Graduan berpeluang membuka atau mengusahakan perniagaan salon dan pusat estetik sendiri.

Adakah sijil ini diiktiraf?

Ya. Sijil ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.

Adakah pinjaman atau pembiayaan pengajian disediakan?

Ya. Pelajar yang layak boleh memohon pinjaman atau pembiayaan pengajian, tertakluk kepada syarat dan kelulusan pihak berkaitan.

Image & Promotions

Contact Us