About Us
Geomatika TVET College Perak atau sebelum ini dikenali sebagai Geomatika Skill Institute Perak ditubuhkan di bawah Geomatika EduGroup Sdn Bhd. Ahli Lembaga Pengarah adalah terdiri daripada Prof. Datuk Sr. Dr. Mohaizi bin Mohamad dan Prof. Datuk Mazrin Rohizaq bin Che Rose. GTEC Perak bertujuan untuk menyedia dan memberi peluang latihan kemahiran kepada pelajar lepasan PT3 / SPM / SPMV dalam bidang kemahiran secara amnya bagi memenuhi permintaan tenaga kerja mengikut keperluan industri sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan pembangunan negara.
Contact Informations
Location
Get DirectionFAQs
Apakah itu Geomatika TVET College Perak?
GTEC Perak ialah sebuah institusi pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) yang menawarkan program kemahiran dan bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten serta bersedia memasuki industri.
Apakah program yang ditawarkan di GTEC Perak?
Proses Gabungan Kimpalan Arka Gas Tungsten Dan Kepingan Logam (MC-028-3:2014)
Siapakah yang layak memohon kemasukan ke GTEC Perak?
1. 16 tahun - 45 tahun
2. Warganegana
3. Boleh membaca , menulis dan mengira.
Adakah GTEC Perak berdaftar dan diiktiraf?
Ya. Program di GTEC Perak adalah berdaftar dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).