No 2-12, Tiara Mutiara, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel: +603 - 7772 6655 / +603 - 7773 3365
Go Back
Popular

CREATIVE MULTIMEDIA DESIGNER (MULTIMEDIA INTERAKTIF)

Report Abuse

Training Provider

Course Details

Diploma Kemahiran Malaysia – Creative Multimedia Designer (Multimedia Interaktif)  diwujudkan untuk melatih para pelajar mengenai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang multimedia. Para pelajar akan didedahkan dengan kemahiran produksi penghasilan animasi 3D serta kemahiran menggunakan teknologi multimedia.

Penggunaan modul pembelajaran kombinasi teori dan praktikal memberikan kemahiran secukupnya dan dapat memenuhi tuntutan industri kreatif khusus dalam bidang multimedia.

Kaedah latihan yang ditawarkan bagi Tahap 3, latihan yang dikendalikan merangkumi 70% latihan amali dan 30% pengajaran teori. Mereka lebih didedahkan kepada penguasaan software, pembangunan sesebuah skrip, pembikinan jalan cerita (story board artis) dan juga mencipta kerektor yang digambarkan.

Pada Tahap 4 pula, latihan yang dikendalikan merangkumi 60% latihan amali dan 40% pengajaran teori. Mereka akan diberikan pendedahan kepada penyiapan jalan cerita yang lengkap. Mereka juga akan diberikan projek akhir oleh tenaga pengajar sama ada untuk membentuk sebuah poster, art book, kad nama dan juga pembungkusan barangan.

Antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh graduan Diploma Kemahiran Malaysia Creative Multimedia Designer (Multimedia Interaktif) :-

Penyunting Video dan Audio – Menyediakan video mengikut kepada keperluan pelanggan. Menyediakan kandungan media ke media sosial seperti facebook, twitter, Instagram, tiktok dan lain-lain. Gaji : RM2500-RM3500

Pengarah Seni – dikenali untuk membimbing pasukan pekerja dengan kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan reka bentuk grafik, seni rupa, grafik gerakan dan bidang industri kreatif lain. Beberapa contoh karya boleh merangkumi susun atur visual, pencadangan dan penulisan iklan. Gaji : RM5000-RM6000.

Course Code
J582-001-3:2019

Image & Promotions

Contact Us